SUCI DARI DOSA BATIN
Ahli Sufi menerangkan bahawa ada 7 alat pembuat dosa batin yang dinamakan tujuh latifa. 1. Latifatul Qalby yang berhubungan jantung jasmani, letaknya dua jari dibawah susu kiri. Disinilah letaknya sifat-sifat kemusyrikan, kekafiran dan ketahyulan dan sifat-sifat Iblis. Untuk mensucikan itu, ialah dengan berzikir sebanyak-banyaknya. Rasullah bersabda " Bahawasanya bagi tiap-tiap sesuatu itu ada alat untuk mensucikan dan alat untuk mensucikan hati itu ialah zikirullah ." Disini orang mengerjakan zikir dengan membawa 5000 kali " Allah, Allah " untuk mensucikan hati itu. Pada tingkat ini hati diisi dengan Iman, Islam, Ihsan, Tauhid dan Ma'rifat . 2. Latifatu Roh , letaknya dua jari dibawah susu kanan, berhubungan dengan Rabu Jasmani. Disinilah...