SUCI DARI DOSA BATIN
Ahli Sufi menerangkan bahawa ada 7 alat pembuat dosa batin yang dinamakan tujuh latifa.
1. Latifatul Qalby yang berhubungan jantung jasmani, letaknya dua jari dibawah susu kiri.
Disinilah letaknya sifat-sifat kemusyrikan, kekafiran dan ketahyulan dan sifat-sifat Iblis.
Untuk mensucikan itu, ialah dengan berzikir sebanyak-banyaknya.
Rasullah bersabda " Bahawasanya bagi tiap-tiap sesuatu itu ada alat untuk
mensucikan dan alat untuk mensucikan hati itu ialah zikirullah."
Disini orang mengerjakan zikir dengan membawa 5000 kali "Allah, Allah" untuk mensucikan
hati itu. Pada tingkat ini hati diisi dengan Iman, Islam, Ihsan, Tauhid dan Ma'rifat.
2. Latifatu Roh, letaknya dua jari dibawah susu kanan, berhubungan dengan Rabu Jasmani.
Disinilah terletak sifat Bahimiyah (Binatang jinak), iaitu sifat-sifat menuruti hawa nafsu.
Untuk mensucikan Latifatu Roh ini, ialah berzikir dengan palu sekeras-kerasnya
membaca "Allal,Allah" 1000 kali.
3. Latifatus-sirri, letaknya dua jari diatas susu kiri. Disinilah letaknya sifat "Syabiyah"
(binatang buas) iaitu sifat zalim atau aniaya, pemarah, pendendam. Untuk mensucikan
itu, dikerjakan zikir dengan membaca "Allah, Allah" 1000 kali. Sifat-sifat kejahatan
dalam dalam latifatu-sirri ini, ialah sifat zalim, pemarah dan pendendam. Sifat-sifat
kebaikkanya, ialah sifat kasih sayang, dan ramah tamah.
4. Latifatul Khafi, letaknya dua jari diatas susu kanan, dikenderai oleh limpa jasmani.
Disinilah letaknya sifat-sifat pendengki, kianat. Sifat syaitaniah ini membawa kecelakaan
dan kebinasaan dunia dan akhirat. Dalam latifah ini zikir "Allah,Allah" dipalukan sekeras-
kerasnya sehingga hancur lebur sifat-sifat syaitaniah itu dengan membaca "Allah,Allah"
1000 kali. Dalam pada ini ada dua sifat kejahatan iaitu: Hasad/dengki dan munafik dan
didalam itu pula ada sifat kebaikan iaitu sifat syukur dan sabar.
5. Latifatul Akhfa, letaknya ditengah dada berhubungan empedu jasmani. Disinilah letaknya
sifat Rabbaniyah, iaitu sifat-sifat ria', takbur/sombong, ujub/membangga diri dan
sama'/mempamer-pamerkan kebaikkan diri. Dalam latifah ini diperbanyak zikir "Allah,Allah"
sehingga terbasmi habis sifat-sifat yang buruk itu yang hanya membatalkan amalan amalan
baik. Dalam Latifah ini dibaca "Allal, Allah" 1000 kali. Dalam Latifah Akhfa ini terdapat
sifat-sifat yang buruk iaitu Ria, Takbur, Ujub, dan Sum-a. Dan disini pula terdapat sifat-sifat
kebaikkan iaitu: Ikhlas, Kusyu', Tadarru tafakkur.
6. Latifahtun-nafsun-Natiqa, letaknya diantara dua kening. Disinilah letaknya 'nafsu ammarah'.
Nafsu yang selalu mendorong orang kepada kejahatan. Sifat-sifat inilah yang menjadi
penghalang besar untuk menciptakan perbaikan masyrakat.
Pada Latifa inilah diperbanyak zikir untuk membasmi habis-habisan nafsu jahat itu. Latifah
ini, dibaca 'Allah,Allah' 1000 kali.
Dalam Latifah ini ada dua sifat kejahatan iaitu: banyak hayalan dan panjang angan-angan.
Disini pula ada dua sifat kebaikkan iaitu: Sifat tenteram dan fikiran tenang.
7. Latifah kulin jasad, iaitu Latifah yang mengenderai seluruh tubuh jasmani, Dalam Latifah
inilah terletak sifat-sifat 'Jahil' dan 'Ghaflah' (sifat-sifat kejahilan dan alpa). Pada Latifah
inilah diperbanyak zikir untuk membasmikan habis-habisan sifat-sifat kebendaan dan
kelalaian, sehingga mengalirlah zikir disekujur badan jasmani, sehingga tidak ada tempat
dalam tubuh akan sifat-sifat kebendaan/kejahilan dan kelalaian/Ghafiah.
Pada Latifah Kullu jasad ini dibaca 'Allah,Allah' 1000 kali. Dalam Latifah ini, ada dua sifat
kejahatan iaitu: Kejahilan/ kebendaan dan Ghafiah/kelalaian dan ada pula sifat kebaikannya
iaitu: Ilmu dan Amal.
Pelajaran tersebut diatas menunjukkan bahawa didalam diri manusia itu terkandung unsur-unsur kejahatan dan kebaikan.
Firman Allah dalam AlQuran (s.Asysyam 7-10)
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
[ Di petik dari buku karangan Dr Mustafa Zahri berjudul 'Kunci Memahami Ilmu Tasawwuf']